One Malaysia VS One Israel


Mungkinkah slogan “Satu Malaysia” yang dirujuk sebagai “1Malaysia” dan dilaungkan Perdana Menteri, Najib Razak bagi mengambil hati masyarakat majmuk di Malaysia, ditiru dari pendekatan politik Israel?

Ia berikutan konsep One Israel pertama kali diumum tokoh politik Israel Yitzhak Yitzhaky pada 14 Oktober 1980 dan diperkukuh oleh pemimpin PArti Buruh, ehud barak sebagai strategi politik dalam pilihanraya Israel 1999.

Yang diPertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Sains Malaysia (MPIUSM), Muhammad Hanif Alias pula berkata persamaan itu mungkin pengaruh gerakan Freemason yang didalangi golongan Yahudi.

“Mereka licik dan pintar serta cuba mengatur pemimpin dunia,” katanya yang tidak menolak kemungkinan Satu malaysia hanya slogan politik berikutan Umno kuat berbau perkauman.

Sasterawan dan aktivis politik, Azizi Abdullah menyifatkan slogan itu jika benar ditiru dari Israel menunjukkan pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya Najib sebagai pemimpin tiada maruah.

“Asyik tiru gaya orang lain, pinjam orang lain buat apa, buatlah sendiri. Saya tidak tahu apa bendanya Satu malaysia. Mengarut saja.” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Carian internet mendapati konsep itu menggabungkan tiga parti utama Israel : Labour, Gesher, dan Memad bagi menarik perhatian rakyat dan menjadi gabungan parti terbesar dalam sejarah Israel.

Konsep One Israel berakhir berikutan parti Gesher menarik diri dari gabungan pada 4 Ogos 2000 berikutan pembabitan Barak dalam kem David bersama Yasser Arafat.

Tidak kurang menarik ialah konsep Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mentor Najib, Dr. mahathir Mohamad pada tahun 1991 sebagai dasar, juga seakan-akan dicedok dari konsep Israel 2020.

Dasar itu bertujuan meletakkan Malaysia sebagai negara maju, adalah strategi perancangan yang pertama kali diumumkan dalam ucapan Dr. Mahathir bertajuk ‘Malaysia: The Way Forward“.

Sebenarnya, Israel 2020 adalah satu pelan induk yang dirangka ahli politik dan ekonomi Israel sejak 1948 hungga 1951, diketuai seorang jurutera, ariel Sharon sebelum diganti Prof. Adam Mazor dari pelbagai latar belakang.

(Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang One Israel, sila baca disini.)

(Artikel ini boleh didapati dalam Suara Keadilan edisi cetak, 18-25 Ogos 2009

0 Response to One Malaysia VS One Israel

Post a Comment