Tok Wan ckp.... time aku kecik-kecik dulu dah ada pasal Sekolah, Rasuah & Tipu
Kita sudah diajar rasuah dan berbohong atau dibohong sejak bayi lagi. Di rumah. Rumah adalah prasekolah yang pertama mengajar rasuah. Bila kita menangis, ibu menyuapkan puting kosong yang tiada zat dan khasiat pun ke mulut kita agar kita diam. Kita yang masih kecil tak tahu apa sebab kita diam bila disumbat puting, kita ditipu. Rasuah puting telah berlaku.
Kemudian ibu bapa mengajar kita beberapa larangan "jangan itu" dan "jangan ini" nanti kamu akan itu dan akan ini..kita ditipu..makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng (apa masalahnya di situ?) atau budak-budak belum bersunat tak boleh makan pedal ayam nanti kulup liat terpaksa pakai kapak siam nak potong nanti.
Kita ditakut-takutkan dan dimomokkan. Jangan keluar nanti kepala disabit untuk dibuat jambatan atau kalau kita merengek di buaian, ibu kita akan berkata,"Momok! Ambik budak ni! Dia nakal ni!"..akibatnya sampai ke tua kita penakut pada hantu syaitan walhal hantu syaitan adalah makhluk paling hina. Kita letakkan ia di atas dan ia terus menghalang kita dari maju. Nak masuk hutan kena tabik datuk nenek, nak pindah rumah baru kena potong ayam. Nak tolong cabut uban tok atau pijak belakang bapak mesti dirasuah ais krim, keikhlasan berkhidmat tidak diterapkan.
Kita ditipu pada setiap masa dan di mana-mana. Jika kereta anda rosak dan anda hantar ke bengkel membaikinya, jaminkah anda pomen itu jujur membaiki apa yang perlu saja tanpa membelasah alat ganti yang lain? Atau anda dapat ikan yang segar dengan harga yang berpatutan di pasar tanpa ada rasa penipuan di situ?
Cuba perhatikan iklan-iklan tawaran harga istimewa di akhbar atau tv seperti pakej pelancongan, jualan murah, telekomunikasi adakah ia benar2 telus? Betulkah ia murah atau anda kemudiannya dikenakan cas itu ini. Akhirnya muka kita juga yang kena tipu. Anak-anak juga dah pandai minta rasuah dan ugut mak bapak agar dibelikan motosikal atau handphone, jika tidak mereka tak mahu ke sekolah.
Sebab tu kena belajar agama sampai ke hakikatnya hingga makrifat akan kita dengan segala 'bunga-bunga'. Bila dapat keyakinan yang haq maka terhapuslah keraguan. Jangan sampai berkata,"Syurga itu adalah rasuah Allah untuk manusia menyembahNya!".

0 Response to Tok Wan ckp.... time aku kecik-kecik dulu dah ada pasal Sekolah, Rasuah & Tipu
Post a Comment