F1 Team Guna Petrol R95 ke?



Sumber luahan hati Rakyat 1Malaysia


Ha..ha..ha... ini nak gunakan minyak apa ni...? Rosmah on Najib-95 atau Rosmah on Najib-97..? Kereta ciptaan Proton, baru first lap.... driveshaft tercabut.... ekzos jatuh.... wakakakaka.... nak tercabut bulu ketiak aku menahan gelihati dengan idea lawak 1Malaysia hingga mengalahkan lawak Team Gedung Kartun.

"Pasukan 1Malaysia F1 Team mendapat namanya daripada konsep "1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan" yang diilhamkan oleh Najib pada Jun tahun ini sebagai asas penyatuan rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan kerjasama di kalangan masyarakat pelbagai kaum, pelbagai budaya dan agama demi kegemilangan negara.

Apa punya bodek la...., aku cuba untuk berfikiran positif dalam perkara ini, tetapi bak pepatah cubalah "ukur baju di badan sendiri" Najib oooiiiiii....., bukannya di badan RoN, awat la... bingai sangat, kata "Rakyat di dahulukan" dan cuba dahulukan rintihan Rakyat seperti yang di bawah ini.




Masih ramai lagi rakyat Malaysia yang dalam kemiskinan, dalam setiap pelusuk kampung, setiap desa, setiap daerah, setiap bandar, setiap negeri dan dalam 1Malaysia ini. Mereka-mereka ini yang harus didahulukan dari setiap peruntukkan berjuta-juta yang hendak kau laburkan dalam projek F1 Team, yang tidak memberi makna kepada Rakyat Malaysia.

Hanya segelintir keparat yang mendapat nama, sedangkan ratusan malahan jutaan rakyat yang merintih kelaparan. Alangkah bagusnya dengan pengaruh yang ada sebagai Piem, jikalau kau nasihatkan semua korporat yang terlibat dan juga Proton yang menanggung segala kos untuk F1 Team menyalurkan sumbangan mereka kepada Rakyat Miskin.

Janganlah kau bagi jawapan "kita mempunyai Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat", untuk pengetahuan kau..., kedua-dua badan ini tak berguna seduit pun, apatah lagi dengan adanya campur tangan politik baik dari YB-UBN mahupun YB-PR..., kedua-duanya mementingkan kroni masing-masing sahaja.

Pusat Zakat yang memperolehi kutipan berjuta-juta setahun pun tak tahu kemana hasil kutipan tersebut disalurkan, ada juga kedengaran sok sek mengatakan Pusat Zakat memberi bantuan kepada fakir di Acheh (masih dalam siasatan untuk kesahihan berita ini). Jikalau benar..., Pusat Zakat memang hampeh wal celaka..., kerana kera di hutan di susukan... anak dalam negara sendiri di biarkan merempat kelaparan. Akhirat nanti berjawaplah korang dengan Allah Taala.

Jabatan Kebajikan Masyarakat...? Malas aku nak cakap banyak... lebih baik dimansuhkan saja daripada bayar gaji buta kepada pengarah dan semua kakitangannya. Membuat pemilihan dan penilaian terpilih sahaja. Boleh dikatakan kebanyakkan sanak saudara dan kroni ketua kampung serta YB semuanya mendapat bantuan, yang tak layak pun boleh dapat juga. Sedangkan yang layak dipinggirkan, salah satu sebab ketara.... fahaman politik.

Sekarang ni Najib, kau nak F1 Team pulak....? Buang duit juta-juta dan hasilnya seperti Pasukan Bola Sepak Negara, buat perabih boreh saja.... satu lagi projek gajah putih... dari kerajaan 1Malaysia.

Formula One setiap tahun pun puas paksa semua ahli korporat beli tiket (sponsor) untuk menunjukkan adanya sambutan dari rakyat konon. Inikan nak menyertai Formula One...??? ha..ha..ha... Apa teknologi yang Proton ada untuk dibanggakan... sendiri bikin punya... tarak.....!!!!

Isa: Ini yang aku nak gunakan pepatah orang Kuala Muda Kedah kat sini.... "Sembang Tak Jatuh... Cakap Macam Kepala But**" chek tak mencarut nooo... chek lepaihkan geram saja pada idea pembaziran piem tak dak akai ni.....

1 Response to F1 Team Guna Petrol R95 ke?

  1. Kos perbelanjaan setiap sesuatu pasukan dianggarkan Paun Sterling 300juta woo..bersamaan RM1.6Bilion woo..ini seTAHUN. dikala Honda,BMW menarik balik penyertaan FI.Malaysia Proton si bangang nak masuk FI,sedor le company seciput nak masuk F1.baru timming engin,Valve dah tercabut..taja rakyat kan lagi bagus,banyakkan subsidi minyak kan bagus,Rakyat didungukan,kroni diuTAMAKan

Post a Comment