Deepavali Vartukal


Hari Deepavali (bahasa Hindi: दिपावली , bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (bahasa Hindi: दीवाली ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Sempena hari yang cukup bermakna ini kami warga pengarang dan pemikir dari "Suara Selatan" ingin mendedikasikan ucapan "Selamat Hari Deepavali" buat semua pengunjung setia blog ini terutamanya bagi rakan-rakan yang beragama Hindu. Semoga kedatangan hari mulia ini akan memberi seribu makna yang cukup bererti buat kalian. Namun demikian, dalam menyambut kegembiraan berdepa raya ini, janganlah sesekali kita melupakan insan yang kurang bernasib baik disekeliling kita. Hulurkanlah seberapa banyak bantuan dan sumbangan yang termampu kepada mereka, setidak-tidaknya dapat juga mereka menikmati kehadiran hari bahagia seperti orang lain. Mereka juga ada hak untuk menikmatinya dan janganlah sesekali kita menidakkan hak mereka hanya kerana kesombongan dan keegoan mengatasi segalanya.

0 Response to Deepavali Vartukal

Post a Comment