Facebook Menipu Petani??



Seorang rakyat Taiwan mengugut akan mendakwa Facebook karena dianggap menipu sehingga dia mengeluarkan wangnya dalam jumlah yang besar.

Hsu menghabiskan jumlah wang sebesar RM200 dalam masa tujuh hari untuk sebuah game di Facebook bernama Happy Farm. Beliau menuduh Facebook mengajak pelanggannya untuk menghabiskan lebih banyak wang pada game itu.

Game penternakan virtual itu mengajak pemainnya untuk bertani sayuran dan menguruskan ternakan. Pemain harus menghabiskan waktu seharian untuk menguruskan pertanian dan mencegah pemain lain dari mencuri hasilnya.

Happy Farm merupakan game yang terkenal. Namun, pengguna Facebook perlu membayar melalui kad kredit, wang tunai, atau Paypal untuk membeli mata wang virtual yang digunakan untuk mendapatkan fungsi tambahan dalam game.

Akan tetapi fungsi tersebut mendatangkan masalah kepada pemain, karena pemotongan berganda pada kad kredit. Dalam beberapa kes, pemain tidak menerima mata wang virtual setelah membuat pembayaran.

Para pemain game cyber tersebut, pada awalnya membeli kad isi semula dan wang tunai bernilai RM35. Kemudian beliau membeli empat ekor anjing penjaga dari web tersebut untuk melindungi ternakan dari pemain lain.

Namun, tanaman serta ternakan masih dapat dicuri oleh pemain lain, dan ia diminta oleh laman web untuk menghabiskan lebih banyak wang untuk membeli makanan anjing.

Hsu sebelumnya membuat tuntutan dari perusahaan yang mengeluarkan wang virtual, Gamania Digital Entertainment (GDE). Tapi perusahaan tersebut mengatakan bahawa mereka hanya menerima arahan dari Facebook.

0 Response to Facebook Menipu Petani??

Post a Comment