Kenali Pegawai Khas NAJIB yang BIADAP terhadap Wakil Setinggan Kempas di Pej PM


Pada 27hb Oktober 2009 pada jam 4.15pm, saya bersama Sdr. Ramli Ibrahim - Pengerusi J/K Setinggan Kempas dan Syed Othman bin Syed Mohamad - Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas telah berjumpa dengan Dato' Nasir Sipon Pengawai Khas Perdana Menteri. Saya bergitu terkejut sekali apabila Dato Nasir memarahi kami kerana membuat salinan memorandum kepada Dato' Seri Anwar dan YB Lim Kit Siang. Berikut adalah sedutan pertemuan.

Suhaizan Kaiat: Sehubungan itu pihak kami mendesak Y.A.B merealisasikan agenda rakyat ini dengan melunaskan tuntutan-tuntutan kami seperti di bawah :

1. Memohon Y.A.B Perdana Menteri turun ke Kempas untuk mengadakan dialog terbuka dengan seluruh setinggan Kempas tidak kira fahaman politik.
2. Menganugerahkan tanah milik kekal kepada kampung setinggan yang tersusun.
3. Memberikan sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi setiap rumah dan menawarkan rumah sewa-beli atau gantian tanah di tempat lain.
4. Menangguhkan notis Mengosongkan Tanah Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Johor Bahru di Kg Denai Pinggiran, Kempas dan dan sekitarnya sehingga tuntutan kami dipenuhi.

Dato' Nasir : Ni yang aku marah ni. Kau nak mintak bantuan kerajaan. Tapi kau serah kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang buat apa?

Suhaizan : Itu cc aja Dato'.

Dato' Nasir : Kenapa kau cc pada dia. Aku tak sedap la macam ni. Kau beri pada pembangkang. Apa yang PKR dan DAP boleh buat?. Kita orang melayu kenapa nak bagi cina untuk bela kita. Aku rasa malu tau.

Suhaizan : Kami daripada NGO Dato'. Kami berhak untuk serah kepada mana-mana pihak.

Dato' Nasir : Ini bukan cakap pasal hak. Aku boleh serah pada PM, aku juga boleh tak serah pada PM

Suhaizan : DAP dan PKR tu parti berdaftar. Apa masalahnya Dato'

Dato' Nasir : Kalau gitu kau teruskan (dengan penuh perasaan tidak puas hati)

....... selepas itu Sdr. Ramli Ibrahim selaku Pengerusi J/K Bertindak Setinggan Kempas cuba membuat rayuan secara lembut kepada Dato' Nasir. Sementara saya cuba mengawal perasaan. Sesekali cuba ketengahkan hujah-hujah mengapa Setinggan Kempas layak mendapat bantuan kerajaan. Walaupun hati rasa tidak puas hati dengan provokasi Dato' Nasir tapi saya mendiamkan diri kerana hari ini saya datang sebagai NGO yang memohon bantuan untuk warga Setinggan Kempas yang dalam kesusahan. Saya bukan datang atas tiket Pemuda PAS Pusat. Kalau ikut kata hati nak aja saya sebut pada Dato' Nasir ..." Kau ingat aku sapa? Kau ingat ini pejabat mak bapa kau?.... tapi mengenangkan setinggan Kempas saya cuba cool down.

Akhirnya...

Dato' Nasir : Lain kali kau jangan buat macam ni. Aku akan turun Kempas dengan segera.

Suhaizan : Terima kasih Dato'

Ramli Ibrahim : Saya mohon maaf Dato'. Lain kali saya tak buat lagi. Jemput Dato' datang tenpat saya.

Ulasan : Biar serendah mana pun tahap pendidikan rakyat malaysia hari ini, tetapi ianya tetap tidak akan dapat menandingi betapa rendahnya maruah dan akal fikiran Pegawai Khas Najib ini. Persoalannya siapakah yang mengkhianati Bangsa Melayu dan siapakah yang sebenarnya menggadai maruah Melayu selama ini? Orang - orang seperti ini hanya dilayak "Hanjing Kelas Atasan" yang hanya tahu melacurkan kedudukan dan kepentingan tanpa perlu menghiraukan perasaan orang lain. Inilah dia contoh "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dibanggakan oleh penganut politik jahil dibawah payungan kerajaan BN dan UMNO.

1 Response to Kenali Pegawai Khas NAJIB yang BIADAP terhadap Wakil Setinggan Kempas di Pej PM

  1. Mus Takim says:

    Rasanya tidak elok seorang Pegawai Khas itu tidak menunjukkan sikap murni kepada tetamu walaupun ianya rakyat biasa kerana apa yang dilaungkan oleh kerajaan yang selama ini didengar " ORANG TUA DIHORMATI DAN YANG MUDA DISAYANGI" maka itu ia tidak menunjukkan seseorang pegawai yang beretika, oleh yang demikian sebagai rakyat biasa kami memang menyokong kerajaan untuk membela nasib rakyat tidak kira apa bangsa tetapi mestilah dengan cara berhemah supaya rakyat bole menerima yang baik,tetapi apabila perkataan perkataan yang diucapkan itu menyakitkan hati,angkuh,bongkak atau sombong oleh orang orang yang berkedudukan maka lahirlah sifat sifat buruk yang dibenci oleh rakyat,justeru dimanakah lagi rakyat hendak mengadu sedangkan seorang pegawai bersikap demikian,jadi terimalah dengan hati terbuka walau sepahit mana pun dugaan yang melanda kerana amanah yang diberikan kepadanya mestilah dijalankan dengan penuh beramanah kerana itulah tugas seorang pemimpin serta ketelusan yang ada pada dirinya.* Ingatlah bertapa tingginya kita pasti suatu hari nanti kita sama rendah dengan mereka."

Post a Comment