1Malaysia - Misi dan Strategi "Rampas dan Perintah" sedang rancak di atur
Awas..!! Usaha untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat sedang rancak dan giat dilakukan oleh Umno dan BN dengan dibantu oleh Media Massa pengampu dan penjilat kerajaan.
Terkini ketua pemuda DAP Loke Siew Fook telah dituduh dan difitnah menghina sultan Perak,Bangsa Melayu dan Agama Islam (Sedih..Pemfitnah meletakkan Islam no-3,selalunya yang mendahulukan sultan dan bangsa melayu..Siapaa???,sendiri mau ingat maa..)Beliau telah menafikan segala tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa laman blog http://sjsandteam.worldpress.com bukanlah kepunyaannya,oleh itu satu laporan polis telah dibuat oleh beliau.
Jelaslah..blog ini telah diwujudkan semata-mata untuk memfitnah dan memburukkan Loke dengan harapan hubungan baik parti-parti dalam pakatan rakyat akan menjadi keroh dan bermusuhan sesama sendiri
Kita dapat lihat dengan jelas pada masa kini,suasana dan kerja-kerja jahat pihak tertentu semakin ketara dari hari ke hari dan seperti sudah dirancang dengan begitu rupa.Supaya dikalangan ahli parti PR akan bertelagah seperti menunggu "Retak menjadi Belah".
Mengapa Umno dilihat dari hari ke hari melolong-lolong dan menjerit-jerit seperti terkena sawan khinzir..Malah terkadang mereka dilihat lebih senduk dari kuah kari.Mengapa??..Sudah pastilah..hanya kerja jahat ini sajalah yang mampu dilakukan oleh mereka untuk merampas kembali negeri-negeri ditangan PR pada PRU ke-13 nanti.
Untuk itu janganlah kita menari mengikut irama sumbang yang dimainkan oleh musuh.Sekiranya berlaku perpecahan diantara PR ini sudah tentu menguntungkan Umno dan BN,kerana strategi jahat mereka iaitu "Pecah dan Perintah" telah mengikut skrip dan membuahkan hasil yang dinantikan.
Maka berpeganglah kita kepada ayat Allah " Wa am ru hum,syuro bai na hum " iaitu bertemu dan berbincang untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan,seperti yang telah pun kita lakukan dan mendatangkan suatu hasil yang baik,sehingga Umno terlopong seperti Beruk tertelan kebait.
bukanlah bercakap baru nak fikir..
0 Response to 1Malaysia - Misi dan Strategi "Rampas dan Perintah" sedang rancak di atur
Post a Comment