Di Sebalik Senyuman Azalina Othman Said.......
Dia adalah satu-satunya pemimpin muda yang berpotensi dan dibuka laluan untuknya naik tetapi telah lari jauh menyimpang dari segi sifat keperibadian, semangat perjuangan dan kesetiakawanan UMNO.Masaalah Azalina bukan kerana naluri semulajadinya tetapi dia tidak mahu mengikuti sifat kepimpinan yang siddeq, amanah, tabligh dan fatanah.
Azalina telah menganiayakan bekas Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Dato Mirza Mohd Taiyab untuk fix satu pertuduhan rasuah kononnya melibatkan rawatan gigi berjumlah RM13,860. Saya telah menulis beberapa artikel tentang perkara ini. Kini adalah pendedahan terbaru dari e-mel lama yang baru dihantar seorang rakan.
Pertama kali saya menulis adalah pada September 4hb, 2008 semasa kes itu timbul. Saya dedahkan apa disebalik pertuduhan itu. Doktor gigi yang terbabit adalah Dr Kamsiah dan kini isteri baru kepada Din Merican, seorang penasikat di pejabat Dato Seri Anwar Ibrahim.
Antara pendedahan saya, kes itu ada kaitan dengan penentangan Mirza pada ide untuk melantik Dato Michelle Yeoh sebagai Duta Pelancongan Malaysia. Kemudiannya terdedah maklumat tersebut di Parlimen pada tahun ini tetapi cuma kekasih Michelle, Dato Jean Todt yang dilantik. Boleh di baca dalam tulisan saya bertarikh June 25hb 2009.
Semasa itu saya difahami kes Mirza telah diubah pertuduhan. Baru-baru ini, Mahkamah Sesi Kuala Lumpur telah melepaskan pertuduhan terhadapnya. Alhamdulillah, dia dilepaskan. Ini memang satu kezaliman Azalina terhadap seorang insan hanya untuk kepentingan dan ketamakan dirinya. Dalam beberapa hari lepas, saya percaya orang-orangnya telah menganiayakan seorang rakan saya.
Sesebuah Kementeriaan boleh berjalan dengan lancar jika pihak pengerusan itu bersih, cekap dan amanah. Selalu menjadi masaalah apabila Pak Menteri tidak sedia mendengar nasihat, dan tidak menghargai kepakaran pengurusan Kementeriaan serta cuba memandai di luar kemampuannya sendiri. Apatah lagi jika memandai untuk melakukan penyelewengan.
Seorang rakan telah menghantar satu tulisan mengenai Azalina melalui e-mail dan setelah saya selidik, saya tahu siapa penulisnya. Dari apa yang ditulis, Azalina tidak layak untuk kekal sebagai seorang pemimpin lagi. Jika ia terus kekal, satu hari dia akan muncul naik semula. Masaalahnya jika ia muncul balik, ia akan menyusahkan UMNO sahaja.
Pihak pengurusan UMNO tidak boleh berkompromi dengan rasuah dalam parti, kerajaan, korporat dan kehidupan harian rakyat. Selagi tiada kepala yang dipancung kerana rasuah dalam UMNO, rakyat susah untuk diyakinkan. Sebagai sumbangan perlu kepada UMNO walaupun boleh dijadikan peluru kepada pembangkang, saya dedahkan pertuduhan terhadap Azalina dalam e-mel itu tanpa perkara peribadinya.
Seperti biasa, jika Azalina ada memberi respons saya akan siarkan di sini. Namun jika SPRM terbaca tulisan ini, maka Azalina perlu jawab dengan SPRM jugalah. Sebagai peguam dia harus faham bahawa the law is supreme and it has to be allowed to take its course.
Datuk Azalina Othman Said merupakan Menteri Pelancongan Malaysia kini. Beliau juga pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan. Datuk Azalina telah dilahirkan di Johor Bahru pada 31 Disember 1963. Beliau mendapat pendidikan di Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) pada tahun 1988. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di London School of Economics and Political Science, United Kingdom dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Undang-Undang pada tahun 1990.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Undang-Undang di Messr Raja Darryl & Loh (1988-1989, 1991-1994). Setelah menimba pengalaman, beliau menjadi rakan kongsi di syarikat guaman Azalina Chan & Chia (1994-2001) dan kemudiannya Messrs Skine (2001-2002). Pada tahun 2002 sehingga kini, beliau menjadi rakan kongsi di Messrs Zaid Ibrahim & Co. dan kemudiannya Zaid Ibrahim & Co. LLP, Singapore mulai tahun 2003. Beliau pernah menjadi pengacara dalam rancangan Dateline Malaysia di NTV7.
Pada Pilihan Raya Umum ke-11 dan ke-12, beliau telah menang tanpa bertanding di kerusi Parlimen Pengerang. Para peneroka di parlimen Azalina amat kecewa kerana calon PAS telah berjaya dibeli oleh Azalina. Amat goyah calon PAS itu. Atau adakah calon PAS itu sekadar dummy?
1. Azalina sebenarnya tak buat kerja membela rakyat tapi sibuk kaut duit rakyat buat harta sendiri. Buktinya, Azalina telah menganjurkan pesta sempena sambutan hari jadi anak angkatnya, Azareena yg ke-6 pada 17 Mei 2008 di rumah mewah milik xxxx, Puan Sri Sharifah Sabrina Syed Akil semasa rakyat sedang bergelut dengan masalah banjir besar di Johor. Isu ini sangat jelas dan telah buat Tengku Mahkota Johor amat marah. Tengku sendiri tahu dengan isu ini.
2. Semasa menjadi Menteri Belia dan Sukan, Azalina telah melenyapkan jumlah wang yang besar atas alasan membina stadium bolasepak di UK. Projek yang bernilai RM 70 juta itu, akhirnya tidak menjadi kenyataan tetapi berjuta wang rakyat Malaysia telah diselewengkan. Dia merupakan pengkhianat rakyat Malaysia tetapi kita sering menyalahkan mereka yang berpangkat rendah sedangkan ternyata kesalahan itu sepatutnya terletak di bahu Azalina yang terbukti tidak kompeten sebagai seorang Menteri.
3. Manakala kontrak di bawah Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) yang dikenali sebagai "SISTEM PERLAKSANAAN LOGISTIK DAN PERMARKAHAN BERSEPADU UNTUK MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA (untuk Sukan SUKMA)" pula tidak dilakukan oleh syarikat yang mendapatkan tender tender tersebut secara yang sah tetapi sebenarnya telah diberikan kepada individu iaitu seorang staf MSN bernama OMAR. Syarikat yang memenangi tawaran tender hanya akan datang untuk mesyuarat sebagai memenuhi syarat. Kos projek hanyalah RM 6 bil tetapi dinaikkan kepada RM 11 bil! Sebagai tanda penghargaan, Azalina sepatutnya diberi ‘hadiah’ sebanyak RM 2 juta. Tapi pada kebiasaannya, bila ianya melibatkan menteri semuanya lepas. Yang kena adalah orang bawahan saja. (Projek tersebut juga gagal dan mendapat publisiti dalam akhbar harian). Azalina mengamuk kerana kegagalan projek ini (malah KSU & TKSU tahu akan kejadian ini) dan bila syarikat yang mendapat tender tidak membayar Azalina, sebuah syarikat lain dipaksa membayar Azalina wang ini apabila mendapat kontrak "PROJEK UNTUK MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH KOMPUTER DAN PERALATAN ICT BAGI IBU PEJABAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) DAN PEJABAT-PEJABAT CAWANGAN KBS DI SELURUH MALAYSIA. NO TENDER: KBS.S.4-14/39(T.20.2006)". Kos projek dalam lingkungan RM 13 juta.
Objektif untuk menyeleweng wang tidak berhenti di Kementerian Belia dan Sukan saja, malah berterusan apabila Azalina dilantik menjadi Menteri Pelancongan Malaysia.
4. Pelancongan adalah agenda nasional dan kejayaan sektor ini memerlukan dedikasi sepenuhnya seorang menteri. Campurtangan politik hanya memenuhi agenda persendirian (personal agenda). Bila Azalina menjadi Menteri Pelancongan, dia bertekad intuk membawa 20 pekerja persendirian yang dibayar gaji oleh Kementerian Pelancongan. Peraturan Khidmat Sivil (Civil Service rule) hanya sebenarnya hanya membenarkan seseorang Menteri mempunyai 4 pekerja persendirian. Azalina meminta kroninya menubuhkan sebuah syarikat dan syarikat ini diberi kontrak mengendalikan slot pengiklanan Kementerian Pelancongan di saluran TV RTM. Wang yang dibayar kepada syarikat kroni ini digunakan sebagai gaji pekerja persendirian yang dibawa oleh Azalina. Beginilah cara seorang Menteri yang ‘bertanggungjawab’ menjalankan amanat rakyat yang diamanahkan kepadanya.
5. Ayah Azalina pula meminta anaknya memberikan kontrak untuk membuka gerai Tourism Malaysia (Malaysia Tourism Kiosk) di Beijing semasa sukan olimpik. Kontrak itu bernilai RM 10 juta. Ini tidak menjadi kenyataan bila terdapat banyak bantahan daripada staf-staf Kementerian.
6. Laman web Kementerian Pelancongan bernilai RM36 juta!!! Dalam pembentangan kertas kerja Azalina bagi kelulusan kabinet, dia menyatakan RM 36 juta tesebut mampu mempertingkatkan sektor pelancongan di Malaysia dalam masa 3 tahun. Maknanya, kira-kira RM 1 juta diperlukan sebulan hanya semata-mata untuk kerja penyelenggaraan laman web ini?? Sama ada Azalina bodoh ataupun dia beranggapan rakyat Malaysia semuanya yang bodoh??!
7. Pada 25 Oktober 2008, Menteri Pelancongan xxxxxx telah membawa sekumpulan pengikutnya ke Paris menaiki pesawat serba baru, Boeing 777-300ER. Mereka mengambil perjalanan jauh ke Paris dari Singapura (penerbangan SQ334 SIN-Paris) dan membazirkan lebih banyak wang untuk penerbangan tersebut daripada mengambil penerbangan terus dari KL ke Paris. Ini kerana pesawat MAS tidak mempunyai tempat duduk Kelas 1 yang mewah. Untuk makluman semua, tambang tempat duduk kelas 1 adalah dalam lingkungan RM 25,000 seorang! Beginilah cara seorang Menteri yang dipilih oleh rakyat membuang duit rakyat untuk kepentingan diri sendiri.
8. Malah semasa Azalina menjadi Ketua Puteri UMNO, dia telah menyalahgunakan wang tabungan Puteri Umno untuk membeli kereta mewah bernilai RM300,000 untuk xxxnya, Sharifah Sabrina yang merupakan isteri kepada Dato’ Seri Syed Johan Syed Nasir (jutawan ternama dan pemilik Hard Rock CafĂ©). Untuk makluman semua, Azalina xxxxx xxxx xxxxxx xxxx xxxx (xxxxxxx).
9. Azalina pernah ada xxxx dengan Erma Fatima, Elly Zalilah Yusof (bekas pembantu Azalina) dan banyak lagi. Pernah terjadi satu peristiwa di mana Azalina ditendang hingga jatuh ke dalam longkang di depan sebuah hotel terkemuka xxx xxxx xxxxx xxxxx xxxxxxx xxxxxx. Erma Fatima kemudiannya mambawa Azalina ke hotel OneWorld untuk merawat muka Azalina yang cedera. Cerita ini boleh disahkan oleh Erma Fatima. Sungguh memalukan bukan? Beginikan kelakuan seorang menteri di kabinet Malaysia?
10. Azalina juga pernah tinggal sebilik dengan xxxx lamanya, Sabrina semasa lawatan rasminya sebagai Menteri Pelancongan baru ke Russia pada 17-19 Julai 2008. Peristiwa ini diketahui oleh semua para pegawai dan peserta rombongan tersebut. Sebagai seorang yang terhormat dan seorang yang dikenali ramai selain jawatannya sebagai seorang menteri, Azalina sepatutnya menjaga etika kerja dan peradabannya. Apa yang berlaku dalam kehidupan peribadinya, sepatutnya dijaga dan ditutup dari perhatian ramai, apalagi memandangkan dia seorang wanita beragama Islam xxxx xxxxxxxx xxx xxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx xxxx xxxxxxxxx xxxxxxxxx xxxxxx xxxx xxx. Bukankah lebih baik jika dia xxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxx xxxx xxxxxxx xxxxxx xxxxxxxxx xxx xxxxxx xxxxxxxxx?
P/s - kepada pembaca sila sambung membaca article ini dihalaman yang tertera dibawah..article penyelewengan ini sangat panjang untuk diposkan disini.
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2009/07/kenapa-keputusan-najib-untuk-tidak.html
0 Response to Di Sebalik Senyuman Azalina Othman Said.......
Post a Comment