Beg Misteri Tiba Di Kuala Krai....


Satu gambar misteri penuh tanda Tanya telah diterima oleh Buletin Online lewat hari ini. Apakah agaknya isi beg yang sedang dipunggah dari sebuah kereta Proton Perdana itu?

Gambar ini dikatakan telah diambil di hadapan bangunan UMNO Kuala Krai pada jam 7.30 pagi, hari ini 6 Julai, 2009, sejurus selepasTimbalan Perdana Menteri, Tan Seri Muhyidin Yassin serta para menteri kabinetnya tiba.


Sekiranya beg-beg tersebut adalah beg pakaian, mengapa ia agak berat, jika dilihat dari cara orang yang mengangkatnya.

Dan jika diperhatikan betul-betul, dalam bonet Proton Perdana tersebut juga mengandungi beg-beg yang hampir serupa dan sama saiznya!

Nota yang dihantar kepada Buletin Online ialah;

”Pada mulanya orang yang berbaju biru kelabu itu mahu menurunkan beg-beg tersebut. Mungkin ia beg pakaian Pak-Pak Menteri. Namun mengapa mahu diturunkan beg-beg Pak Menteri di bangunan UMNO, adakah Pak-pak Menteri mahu bermalam di bangunan UMNO Kuala Kerai.

”Sedangkan seorang polis trafik memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri telah bertolak dari Kota Bharu, maka sudah pasti Pak-Pak Menteri lainnya turut menginap di Kota Bharu.

”Apabila sahaja ia (baju biru kelabu) mahu menurunkannya, beberapa orang disekelilingnya berkata…’biar dulu….biar dulu…’ lalu beg tersebut dimasukkan semula ke dalam bonet Proton Perdana.

Penghantar gambar serta nota itu juga menyoal “ kalau sekiranya ia adalah beg-beg pakaian, mengapa sampai 4 orang yang berada menjaga beg-beg pakaian itu ???….

Jadi, kalau bukan beg pakaian, itu beg apa ??


MAFREL dakwa kesan unsur rasuah di Manek Urai

Badan pemantau pilihanraya, MAFREL, khuatir dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang bermula semalam.

Sehubungan itu, MAFREL menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya "lebih menonjol dan menzahirkan kewujudannya di pilihanraya kecil tersebut".

Ketua Misi MAFREL bagi pilihanraya kecil Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sudah mengesan wujudnya unsur-unsur rasuah.

Oleh itu, katanya Mafrel berharap SPRM dapat bertindak lebih proakif dan mengambil langkah pencegahan.

"MAFREL mencadangkan SPRM mengambil tiga langkah segera dalam konteks pencegahan rasuah dalam pilihanraya kecil Manik Urai:

Mewujudkan pusat-pusat aduan yang beroperasi 24 jam yang khidmatnya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai

Melancarkan talian hoteline, servis pesanan segera (SMS) dan emel untuk memudahkan orang ramai menyampaikan menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan.

Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihanraya dengan cara:

Mencetak poster, banner dan risalah untuk diedar di seluruh kawasan Manek Urai.

Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar.

"MAFREL yakin rakyat menaruh harapan penuh kepada SPRM supaya berani dan bertindak dengan lebih tegas bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut bidang kuasa yang telah diberikan kepada SPRM.

"MAFREL sebagai badan bebas dan komited dengan agenda pembersihan rasuah dalam pilihanraya, bersedia untuk bekerjasama dan membantu SPRM secara bersungguh-sungguh dalam menangani gejala rasuah," tambahnya.

Dan kita seharusnya berusaha memerangi rasuah di pelbagai peringkat kerana hari ini GEJALA ini telah menjadi wabak dan virus ancaman kepada seluruh rakyat malaysia. Ramai pihak yang tertekan dengan amalan rasuah yang di bawa oleh pihak-pihak tertentu hinggakan ada yang merasakan tiada gunanya undang-undang dan Mahkamah di Malaysia kerana segala -galanya boleh di beli dengan Wang Ringgit. Ini jelas terbuktikan dengan beberapa siri pendedahan pihak-pihak tertentu terhadap beberapa agensi kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang merupakan Perasuah Tegar semasa menjalankan tugas. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap "Pilih Bulu" dan Berperang tak bertempat pihak berkenaan seperti SPRM dan sebagainya, telah menyebabkan gejala ini semakin liar dan akhirnya akan membelit diri sendiri jika tidak dihentikan dengan segera.

maLaySia TidaK AkAN Ade DadAh jiKA PeMBawa dADah tIDak rASuaH..

Antara Bintang RTM & Bintang Youtube Malaysia


Sedang dunia hiburan masih bermurung dengan kematian Michael Jackson dalam masa yang sama seorang bintang Malaysia, kelahiran Sarawak sedang membuat “US Tour”. Bintang yang tidak ramai kita kenali lahir dari ledakan teknologi maklumat melalui Youtube dan kuasa internet.

Zee Avi bukan dilahirkan dari Bintang RTM atau ”Akademi yang hanya berfantasi” tetapi lahir melalui Youtube.
Berikut adalah latarbelakang Zee Avi yang dipetik dari Wikipedia :

Zee Avi (born Izyan Alirahman, also known as KokoKaina; b. 1986) is a Malaysian singer-songwriter, guitarist, and ukulele player. She was born in Miri, Sarawak, on the island of Borneo. She moved to Kuala Lumpur when she was 12. She studied fashion design at American InterContinental University in London.

Zee originally posted a video of her first song on YouTube because one of her friends had missed her first performance in Kuala Lumpur, so she created a video on YouTube for him to watch. He convinced Zee to leave the video up, and soon she received positive feedback, which inspired her to put more videos on YouTube.

After she was featured on YouTube, she was signed by Brushfire Records, which is partly owned by Jack Johnson. Her song "No Christmas For Me" is featured on Brushfire Records's 2008 Christmas album This Warm December: A Brushfire Holiday. Her single "Bitter Heart" was first to become available on the US iTunes store, and her full self-titled debut album was released on May 19, 2009. On the day of her album's release, YouTube featured her on the front page in Spotlight: Music Tuesday. She is currently (June - August 2009) touring the United States.

Her song "Monte" was featured in the second season finale of Private Practice.

Gelombang tanpa sempadan tidak mengenali Bintang RTM, RTM yang diperuntukkan jutaan ringgit hanya tahu berbelanja tanpa peduli pulangan dan hasil.

Johr Bahru - Setelah Barisan Nasional dimalukan dalam pilihanraya umum dan kecil melalui pelbagai tektik kotor ciptaan Perdana Menteri dulu kini dan selamanya, Hari BN secara tidak sengaja mahukan pertandingan yang sihat di dalam pilihan raya kecil DUN Manik Urai, Perdana Menterinya Pula menyifatkan bahawa Pilihanraya kecil Manik Urai kali ini akan menyaksikan kebangkitan rakyat menolak pemerintahan Pas yang lebih bersifat Taksub disamping menolak Perpaduan dan Pembanggunan untuk Rakyat Manik Urai.

Kali ini, upacara berkempern dan memenangkan BN-Umno terpaksa di pikul oleh Timbalan Perdana Menterinya yang juga dilihat sebagai Pemimpin yang kurang daya keyakinan diri disamping pendirian kata-kata yang seringkali berubah dalam menentukan halatuju dan perjuangan parti. Mungkin Perdana Menterinya telah memberi peringatan seawal subuh kepada Timbalannya supaya jangan "Memalukan BN Di Manik Urai" walaupun hakikatnya orang-orang BN dan beberapa pengikutnya memang tidak tahu malu.

Ramai tokoh-tokoh politik tanah air dan mata air berpendapat bahawa BN-UMNO telah kehabisan segala-galanya dalam perjuangan di Gelanggang PRU mahupun PRK. Apa tidaknya, pelbagai tektik kotor, dengki, jahat dan dajal mereka telah dapat di kesan oleh pihak lawan yang dilihat lebih mementingkan ketuusan dan keikhlasan dalam perjuangan. Jika diimbas kembali beberapa siri tangkapan sang "Pngundi Hantu Berdaftar" di beberapa lokasi PRK sebelum ini, maka kita mampu menilai dimanakan maruah BN-Umno sebenarnya hinggakan terpaksa meraih sokongan dan undian dari pihak luar dengan pujuk rayu yang penuh dusta. Namun Kuasa rakyat yang ditentukan oleh Allah swt sememangnya tidak mampu diganggu gugat oleh mereka-mereka yang lalai ini.

Seketika nanti, kita bakal menyaksikan gelombang kebangkitan rakyat malaysia apabila siri tikaman lidah antara DSAI dan Shaiful Bukhari dimulakan di kandang Mahkamah. Jika keputusan Jenayah Konspirasi ini berpihak kepada DSAI maka negara sekali lagi akan menyaksikan kebenaran bahawa segala tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan ke atas beliau adalah berniat Jahat dan berunsur Politik kotor individu yang ingin menamatkan karier politik Anwar Ibrahim selama ini.

Namun jika keputusan berpihak kepada Shaiful Bukhari Azlan, maka sekali lagi Malaysia akan diliwat oleh Anwar Ibrahim yang pernah mencetuskan Kontrovesi era 90'an dengan siri liwat meliwat 2 dan dikala itulah Bumi Malaya ini akan bergegar dengan jeritan, maki hamun, marah dan sebagainya. Ini pasti akan dilakukan oleh penyokong-ponyokong Anwar Ibrahim yang cukup setia dengan beliau.

Apa pun alasannya, BN-Umno harus sedar kemampuan Pakatan Rakyat yang dibawah naungan Anwar Ibrahim adalah merupakan Satu Lagenda dan Medan Perjuangan rakyat yang lebih mementingkan keadilan dari pembangunan. Hal ini dapat di lihat dalam kemaraan dan penyatuan rakyat menolak BN-Umno jauh dari sudut hati mereka melalui penzahiran PRU & PRK baru-baru ini. Kerajaan BN-Umno jangan terlalu leka melukis pelan Istana Bahagia untuk anak bini dan kroni, kerana jika penyatuan dan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat ini berterusan dari hari ke hari, maka sudah tentu BN-Umno akan menerima nasib yang sama seperti pelarian yang kehilangan arah dan tujuan hidup. Harus di ingatkan bahawa sebagai Wakil Rakyat yang dipilih, dijulang dan didokong oleh rakyat jelata haruslah bersedia menjadi wakil rakyat yang lebih susah dan daif daripada rakyatnya sendiri, itulah yang dinamakan Pemimpin Berjiwa Rakyat.

Perang Terhadap ALONG!!! Dah start ker?


Anak b'hutang, ibu d'ancam ah long - selesai ke kes ni?

Seorang ibu berusia 46 tahun diancam oleh tiga ah long setelah anak lelakinya didakwa berhutang dengan mereka sebanyak RM11,500.
Ekoran itu, mangsa yang bekerja sebagai pekerja kilang dan hanya mahu dikenali sebagai Lee, tidak lagi mahu mengaku anaknya sebagai darah dagingnya.

Mangsa berkata, anaknya itu berusia 25 tahun dan bekerja sebagai penyanyi kelab malam di bandar raya ini. Katanya, seorang daripada ah long itu datang ke rumahnya di sini pada 22 November lalu manakala dua lagi menghubunginya menerusi telefon kediamannya.

“Saya cuba menghubungi anak lelaki saya itu namun nombornya tiada lagi dalam perkhidmatan. “Tidak adil dia buat begini kepada keluarga, dia yang berhutang dan tergamak membahayakan keselamatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dianjurkan Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA cawangan Johor Bahru, Michael Tay di sini. Lee berkata, ah long itu masih belum dapat mengesan anaknya dan keadaan itu membebankan ahli keluarga lain yang kini diugut ah long. “Ah long itu mengugut untuk membuat kacau jika saya tidak dapat memberitahu di mana anak saya itu berada,” katanya.

Menurut Lee, dia telah membuat laporan polis berhubung ugutan ah long itu di Balai Polis Pelangi Indah di sini. Katanya, anak lelakinya itu telah berpindah keluar dari rumahnya sejak lima bulan lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Zainal Baharom ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes itu sedang disiasat.

Datuk Bandar Johor Bahru, Dato' Naim Nasir sanggup turun ke bawah dan berjumpa Jawatankuasa Penduduk bagi menerangkan tanggungjawab bersama antara Majlis dan penduduk terutama membenteras poster & paparan ah long

Ah long sanggup menggantung paparan di hadapan rumah penduduk Bandar Baru Uda

Bukan saja poster ah long, poster-poster seperti ini yang diantaranya tidak beretika serta ditampal merata tempat tanpa kebenaran juga harus dibenteras

Ini yang kita mau. Penduduk Bandar Baru Uda melampiaskan kebencian pada poster-poster ah long

Berita seperti ini tidak asing di negara kita. Dah berpuluh kali kita mendengarnya. Mungkin sudah beratus kali jika dicampur dengan pelbagai cerita, berita benar atau mulut ke mulut dan sebagainya. Soalnya sampai bila keadaan dan kejadian seperti ini akan terus berlaku?

Mengapa pihak yang berwajib terus memejamkan mata dengan membiarkan ah long bermaharajalela? Mereka sanggup menghisap darah orang yang dalam kesusahan. Pernah berlaku seorang pemuda Melayu dihambat kerisauan apabila diburu oleh lapan ah long akibat hutangnya yang bermula dengan RM1,000 bercambah hingga mencecah RM16,000 yang tidak mampu dibayarnya.

Kedengaran cerita mengenai seorang bekas pengurus cawangan pejabat pos mini di Jabatan Perdana Menteri telah didakwa kerana pecah amanah kerana menyeleweng sejumlah wang. Di mahkamah beliau merayu agar hukuman diringankan kerana beliau menderita penyakit barah dan pengakuannya ialah beliau terpaksa menyeleweng wang dibawah jagaannya kerana terpaksa akur dengan desakan dan paksaan ah long.

Banyak lagi cerita sedih dan menyayat hati yang pernah dilaporkan hasil dari kekejaman ah long.

Kita pernah mendengar pelbagai kenyataan tentang usaha untuk membasmi ah long seperti kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada bulan Disember 2006 yang mengarahkan Jabatan Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat skim pinjaman wang terbabit memandangkan ia kini menjadi semakin serius dan mengancam nyawa.

Apakah ia hanya tinggal kenyataan kerana tidak ada tanda-tanda ah long makin berkurangan bahkan berleluasa seperti cendawan tumbuh di waktu pagi. Lihat saja di sekitar bandaraya Johor Bahru. Paparan iklan dari pelbagai bentuk seperti membuat kertas sebaran, kad nama, banner dan sebagainya berleluasa sehingga mengotorkan pemandangan.

Semua pihak mesti menggembling tenaga dan fokus dalam usaha membenteras gejala yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat kita. Bukan sahaja pihak Polis, bahkan semua yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Kewangan, MECD dan lain-lainnya. Kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai kuasa meluluskan lesen pinjaman wang juga harus berhati-hati dan menghadkan jumlah lesen yang dikeluarkan bahkan harus membuat pemantauan dan mengambil tindakan kepada pemunya lesen yang membuat salahguna.

Yang paling penting ialah rakyat mesti diberi penerangan dan penjelasan tentang perilaku ah long yang begitu kejam sehingga sanggup membunuh walaupun ada diantaranya ada yang mempunyai motto "ah long hanya mau tolong". Jelaskan kebencian kita kepada mereka bahkan juga kepada pelajar di semua peringkat sekolah dan pusat pengajian.

Anak-anak kecil dan pelajar sekolah lebih mudah diasuh supaya membenci ah long terutama pelbagai vendalisma yang dilakukan seperti menampal poster-poster di tempat yang tidak sepatutnya. Bukan sahaja kepada anak-anak kita bahkan sebagai rakyat yang cinta kepada negara, kita mesti berani membenteras gejala tidak bermoral ini seperti membuang segala bentuk paparan ah long.

Jangan kita harap tindakan dari pihak berkuasa tempatan kerana pasti mereka akan berkata dan beralaskan jawapan "tidak cukup kakitangan".

Macammana OKU nak parking???


Terkejut, Pening, Hairan, Pelik dan macam-macam lagi la perasaan yang bermain di fikiran SS & the crew sewaktu melewati Hentian Sebelah Air Keruh beberapa hari yang lalu. Bukannya tak biasa dengan tempat ni, cumanya kali ni terperasan plk tanda amaran @ Papan tanda yang boleh mengundang seribu satu pertanyaan di kalangan pengunjung. Cuba lihat gambar di bawah ni, sekali pandang memang la agak biasa jer pengertiannya.

Tetapi bila di amati berulang kali timbul beberapa persoalan yang mununtut jawapan bernas dari pengunjung setempat termasuk la pengunjung di laman SS ni. Antara soalan yang SS maksudkan ialah :
  • Apa Istimewanya Papan Tanda itu?
  • Kenapa kawasan itu di khususkan untuk OKU sahaja?
  • Kalau kawasan itu dikhususkan untuk OKU sahaja, kenapa mesti di letakkan "Kon" ?
  • Apakah tujuan diletakan "kon" tersebut?
  • Kalau Ia bertujuan keselamatan mahupun keselesaan kepada OKU, kenapa mesti ada "Kon" ?
  • Berapa ramai OKU yang boleh memandu kenderaan sendri?
  • Kalau ramai pun, berapa ramai yang berenti rehat di sini?
  • Kalau OKU bawa kenderaan sendiri, macam mana dia nak parking kereta klu ada "Kon" ?
  • Perlukah OKU turun dari keretanya dan alihkan "Kon" tersebut sebelum parking keretanya?
  • Atau telah tersedia pekerja upahan yang akan menunggu kehadiran OKU di situ?
  • Bagaimana kalau anda sendiri adalah Golongan OKU yang SS maksudkan, apa perasaan dan pandangan anda?
Bukankah tindakan ini lebih menyukarkan pergerakkan OKU dalam menjalankan tugasan harian mereka. Penyediaan tempat parking OKU tanpa penyeliaan mahupun pengurusan yang cekap dan baik adalah satu pembaziran dan penghinaan kepada golongan istimewa ini. Pihak berkenaan jangan hanya pandai berhujah kononnya nasib OKU akan terbela, sedangkan perkara-perkara asas yang melibatkan prasarana sering di abaikan. Inikah yang di katakan "Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan".

Harap pihak berkenaan lebih prihatin untuk memastikan golongan OKU akan sentiasa mendapat pembelaan setanding dengan golongan lain. Walaupun gambar ini sekadar hiasan atau sembang kosong tetapi SS tetap memandang ia sebagai penghinaan kepada golongan OKU. Fikirkanlah sendiri....

Daging berkecai di 'paya hangus'

Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.




ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.

"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.

"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu.




Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.

Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.

Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.

"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.


NAHAS MH653 mendapat perhatian ramai termasuk Tengku Mahkota Johor, Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Hussein Onn (kini Tun), Menteri Perhubungan, Mendiang Tan Sri Manickavasagam dan Timbalan Mufti Johor, Datuk Ahmad Awang.


Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.

Kutip duit berguni

Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.

"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.

"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.

"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.

"Paling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.

"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya.




Selain mengorbankan seorang usahawan Jepun, Tomio Gotto, dan Duta Cuba ke Malaysia, Mario Garcia serta isterinya, tragedi pesawat MH653 itu turut meragut nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid, Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad, dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican.

Selain itu, dua orang pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime turut terkorban bersama-sama puluhan penumpang dan petugas kabin. Tiada seorang pun yang terselamat dalam pesawat yang dipandu juruterbang Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil itu.

Seorang lagi penduduk kampung yang teruja menceritakan kisah itu ialah Siti Rahmah Ismail, 39. Walaupun ketika kejadian dia baru berusia tujuh tahun, Siti Rahmah masih mengingati banyak perkara.

"Budak-budak disuruh tidak keluar dari rumah. Maklumlah, ibu bapa kami takut perkara buruk terjadi kepada kami. Keadaan semakin kecoh apabila pihak berkuasa dan keselamatan yang terdiri daripada anggota polis, tentera, bomba dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Kerja-kerja menyelamat berlarutan ke lewat malam," imbasnya.


MEMORIAL memperingati tragedi pesawat Boeing 737 MH653 masih dikunjungi ahli keluarga mangsa di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.


Keesokannya, udara kampung menjadi tidak nyaman. Ramai yang terkejut apabila terjumpa atau ternampak dari jauh kecaian daging dan tulang manusia yang bersepah dan membusuk. Lebih meloyakan adalah apabila isi perut yang terburai dilihat tersangkut pada ranting dan dahan pokok bakau.

"Ramai yang tidak boleh tidur malam kerana dibayangi pemandangan itu. Apatah lagi mereka diganggu mimpi ngeri, terutama mereka yang telah mencuri simpan barang peribadi milik mangsa nahas," kata Ahmad.

"Siapa yang mengambil milik orang pada malam kejadian, terimalah habuannya. Mereka tidak tenang. Sampai ada yang sakit seperti terkena badi hingga terpaksa dibawa berubat," tambah Zaiton pula.

Suara jeritan

Ahmad mengakui, selama beberapa tahun, Kampung Tanjung Kupang terutama di kawasan tragedi itu seperti berhantu. Semua orang takut untuk melaluinya.

"Kalau menaiki motosikal di daratan atau menaiki bot di sebelah paya bakau itu, pasti akan terdengar suara-suara kelam seperti orang menjerit, meratap dan memekik meminta tolong.

"Penghuni rumah yang paling dekat dengan tempat kemalangan juga telah lama berpindah sejak tragedi itu berlaku," kata Ahmad mengenai sebuah rumah tinggal yang terletak kira-kira 100 meter dari rebakan api bangkai MH653.

Kru Jurnal yang mengunjungi Tanjung Kupang kelmarin nekad 'menceroboh' masuk tapak tragedi walaupun mengetahui laluan masuknya sudah dipagar kerana telah menjadi milik Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Sewaktu memperlahankan kereta di sebatang jalan yang sempit, tidak pula terasa apa-apa yang meremangkan bulu roma.


SELAIN tapak tragedi, balai polis lama di Tanjung Kupang ini juga sudah menjadi sejarah lantaran tidak lagi berfungsi.



AHMAD PUTEH


Semakin kereta kami ditelan belukar yang kian meliar, bau busuk tiba-tiba menusuk hidung. Namun, bau itu bukan daripada bau reputan daging manusia seperti yang diceritakan sebelumnya. Saat tiba di penghujung jalan, kami menemui sebuah kandang lembu yang diusahakan oleh seorang penduduk kampung, Mohamad Nor Kamaludin, 34.

"Daripada kawasan ini terbiar, biarlah saya memanfaatkannya. Lagipun kandang ini hanya sementara," kata Mohamad yang seakan-akan tahu tujuan kedatangan kami.

"Memang di sinilah tempat kapal terbang itu jatuh. Kisah tragedi itu sudah lama berlalu, tak ada apa pun yang menakutkan di sini. Silakanlah ambil gambar. Orang kata, masih ada tayar kapal terbang di hujung tanah sana. Kalau ada pun, pasti dah tenggelam ke dalam lumpur," ujarnya.

Menurut sumber daripada Pelabuhan Tanjung Pelepas, tempat tragedi pesawat MH653 itu adalah sebahagian daripada kawasan paya seluas 800 hektar milik kerajaan yang kini diletakkan di bawah jagaan PTP secara konsesi. Ia sekadar dirizab sebagai zon bebas aktiviti manusia.

Paya hangus yang telah mengorbankan 100 jiwa itu kini hanyalah hamparan muka bumi yang mirip hutan sekunder. Wartawan Jurnal sekadar menemui sebuah terusan air dan benteng tanah laterit yang ditinggikan bagi memisahkan kawasan belukar darat dengan kawasan bakau yang semakin teranjak melebihi garis air laut.

Di situlah 32 tahun lalu berlaku sebuah tragedi yang telah menggemparkan negara.


RM10,000 ganjaran cari nabi palsu

Sesiapa yang mengetahui di mana Abdul Kahar Ahmad Jalal yang mendakwa dirinya sebagai 'nabi' bersembunyi akan diberi ganjaran wang tunai RM10,000.



Tawaran itu diberikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada mana-mana individu yang memberikan maklumat tepat sehingga Abdul Kahar ditangkap.

Risalah berhubung tawaran itu ditampal di papan kenyataan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini.

JAIS membuat tawaran itu setelah usaha mengesan Abdul Kahar gagal sedangkan kes berhubung penyelewengan agama yang dibawanya sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Abdul Kahar yang memegang kad pengenalan bernombor 500427-10-5719 diminta menghubungi Bahagian Penguatkuasaan JAIS di talian 1-800-88-2424, 03-55190930 atau 03-55190398.

Abdul Kahar, 59, didakwa buat pertama kali di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 17 Ogos 2005 atas lima tuduhan di bawah Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Tuduhan yang dihadapi Abdul Kahar ialah mengisytiharkan dirinya sebagai rasul orang Melayu zaman ini, mempersenda ajaran Islam dan mendakwa ibadat haji perkara sengaja diada-adakan kerajaan Arab Saudi untuk mengaut keuntungan.

TV3 didik rakyat “memberontak” lawan kerajaan

Tv3 adalah diantara stesen TV “sampah” yang terdapat di Malaysia.

Contohnya, Buletin Utama adalah “mesin propaganda” yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk meracuni pemikiran rakyat Malaysia.

Hari ini, jam 10 malam, TV3 menyiarkan filem “V for Vendetta”.

Filem ini seperti yang diketahui umum mempunyai banyak unsur-unsur kebencian kepada pemerintah.

Secara tidak langsung, penggemar-pemggemar TV3 yang menonton filem ini akan terdidik mengenai rasuah, penyelewengan, penindasan dan kejahatan yang dilakukan oleh pemerintah.

Filem ini juga mengajar penonton bagaimana untuk “mengajar” kerajaan yang zalim dan rasuah.

Terima kasih saya ucapkan kepada TV3 kerana buat pertama kalinya memberikan pendidikan politik yang baik kepada rakyat!

Pelik tapi Benar?

Aku rasa macam nak tampal gambar je hari ni...tak sempat nak tulis. Banyak benda sangat yang aku nak tulis sebenarnya.
















Comelnyer......
















Hensem tak dia? Sesaper belum berenti merokok tu, ada baiknya hentikan je.
























Sejenis cili yang mungkin menceritakan 1001 keajaiban disebaliknya...













ni hanyalah sejenis buah jambu yang enak dimakan bila-bila masa saja....



















Takutnya nak makan karet ni. Bagi je lah arnab yang makan...

Tak tau nak komen apa. Sedarlah jugak diri kan, semua ni ciptaan Allah. banyak-banyak komen maknanya komen ciptaan Allah. nak suruh aku yang cipta, dah sah-sahlah aku tak mampu buat pun.

Lain kali aku akan upload gambar pelik dan aneh yang lain pulak.

Duit Duit Dimanakah Duit.....


Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982).Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong. Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri masing masing.

1. 'Privy Purse' - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)Total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

Elaun untuk Permaisuri Agong ialah
1. 'Privy Purse' - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).
Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

Selain daripada itu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. 'Breakdown'nya adalah seperti berikut :
1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,1002. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong
Anda tau tak wujudnya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong.

Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.Dibawah akta ini elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup.
Contohnya, macam Sultan Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia juga dapat elaun bekas Agong.
1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500 sebulan.Boleh dikatakan di Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, 'just imagine' berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?Pencen khas untuk balu Agong

Ini adalah pencen untuk balu Agong.
Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia tengah jadi Agong, 'so' balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas ini Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa dia tengah jadi Agong. Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. 'Anyway', ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

'So', ini lah yang Siti Aishah dapat.
1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan maintenance of car.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM750,000.

Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)
Elaun untuk Sultan dan kerabat di setiap negeri adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini contoh untuk Kedah. 'Basically', kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga 'amount'nya.
1. Elaun Sultan = RM52,600 sebulan.
2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

Setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM68,080.

Untuk Sultanah pulak elaunnya adalah
1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.
Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

Elaun lain lain untuk kerabat ialah :
Raja Muda - RM13,000
Raja Puan Muda - RM5,200

Tunku Bendahara - RM4,000
Bini Tunku Bendahara - RM1,250

Tunku Temenggung - RM3,500
Isteri Tunku Temenggung - RM900

Tunku Laksamana - RM3,000
Isteri Tunku Laksamana - RM600

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.......Selain daripada itu kerabat-kerabat lain pun dapat 'allowances' juga. Contoh macam anak anak Sultan dapat 'allowace' dalam RM1,000 sebulan and kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat 'allowace' sebanyak RM500 sebulan.

Gaji dan 'allowances' untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005
Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut, :

Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
Setiausaha Parlimen - RM7,187.40
Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
Ahli Dewan Rakyat (MP) - RM4,112.79

'So', contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, 'so monthly income' dia ialah= RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79= RM56,753.84.I

ni formula untuk calculate pencen bekas MP.Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji
Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP.
Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40.
Lagi lama jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuity:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Wacana Rakyat - Astro Awani


Malam tadi jam 8.00 malam Agenda Awani telah memanggil 2 orang panel dari Pemuda UMNO dan Pemuda PAS untuk berbincang tentang isu WACANA yang sedang hangat hangat tahi ayam sekarang ni. Mulanya aku tak nak tengok ... tapi ntah camana, sambil lepas depan TV .. tengok je la.

Bila ianya di mulakan, panel pertama, Pemuda Umno Petaling Jaya Utara, Latt Sharizan Abdullah (seorang dari 4 orang yang di denda RM1000 kerana menyerang Karpal) telah memuji Pemuda PAS kerana menurut katanya, walaupun Mursyidul Am Pas telah menyanggah cadangan Perpaduan tapi Pemuda PAS masih mahu berbincang dengan UMNO untuk masa depan rakyat berbangsa Melayu dan Beragama Islam. Puji nya menggunung dengan muslihat yang cuba dipendam pendam. Usaha putar cuba di buat .. kelakar.

Setiausaha Dewan pemuda Pas Pusat, saudara kamaruzaman Muhammad yang merupakan panel kedua pulak menyatakan bahawa tujuan Wacana secara ilmiah tersebut lanjutan kepada tindakan Pemuda UMNO kelantan yang menyanggah keputusan TG Nik Aziz untuk mencabar Najib untuk berdebat. Dan bukannya untuk perpaduan.

Seterusnya yang menarik, Latt telah terbacul mulutnya menyatakan bahawa ujudnya masalah di dalam Pakatan Rakyat menyebabkan Pemuda Pas mencari Pemuda UMNO untuk berwacana, di mana kenyataan itu di sanggah oleh Setiausaha Pemuda PAS yang memberitahu mereka tiada masalah di dalam Pakatan Rakyat dan anggapan yang dibuat oleh Latt itu tidak benar. Termalu la Latt di situ.

Akhirnya bila di Tanya kepada panel ketiga, seorang pensyarah UiTM (yang aku tak ingat namanya )tentang perpaduan, pensyarah itu menyatakan bahawa perpaduan tidak perlu tergesa gesa dan ia boleh di lakukan secara sepontan. Dan usulnya yang menarik adalah memulakan kerjasama dan perpaduan antara rakyat tidak perlu di lakukan antara PAS dan UMNO sahaja, malah boleh di lakukan kepada semua parti kerana isu Perpaduan adalah isu Nasional.

Beliau memberikan contoh langkah perpaduan menarik yang boleh di gunakan, yakni bermula dengan perpaduan antara Kerajaan Pusat dan Kerjaan Negeri. Mula dengan bertukar tukar gambar di pejabat masing masing. Hehehe. .. klas.

Latt cuba mencelah dan menutup usaha tersebut dan masih beranggapan bahawa Wacana itu adalah langkah permulaan yang terbaik. Kononnya rakyat mahukan perpaduan. Ntah bila dia berjumpa semua rakyat? Aku tak tau.. hehehe..

Perbincangan menjadi panas apabila Setiausaha Pemuda Pas menimbulkan isu royalty minyak di Kelantan dan Terengganu.

Dan kesimpulan yang aku nampak adalah, Usaha Pemuda UMNO untuk memanipulasikan tujuan Wacana tersebut menjadi satu usaha perpaduan, sedangkan ianya adalah untuk mengenal jalan sebenar UMNO. Samaada Islam atau sebaliknya.

Juruacaranya pun Kelakar …. ! Cuba nak pesong, tapi tak berjaya. 2 lawan 2. hehehe .... lawak.

1 Rumah 1 Pokok - Kata Pak Lah


Berbekalkan saki baki semangat cintakan alam semula jadi dan kempen tanam pokok yang pernah di lancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi semenjak 2007, kini rakyat seluruh negara semakin cenderung bercucuk tanam di keliling rumah biarpun terpaksa menanam pokok di dalam pasu bunga kerana mereka tinggal di kawasan rumah Flet bertingkat-tingkat.

Kemajuan dan semangat rakyat malaysia yang cintakan kehijauan alam semula jadi ini turut mendapat reaksi dan sokongan dari warga asing. Hasilnya dua orang warga asing yang di percayai penyewa sebuah Apartment di Ampang telah menanam pokok Ganja di dalam pasu rumah mereka sejak beberapa bulan yang lalu. Warga asing yang sedang asyik memetik daun ganja sambil bernyanyi-nyanyi kecil bagaikan petani moden di Ibu kota. Nah!!! anda nampakkan kesan kempen 1 Rumah 1 Pokok tu.

Dalam serbuan pukul 4.30 petang selasa itu, polis turut merampas 11 paket kecil ganja dan dua kilogram syabu yang kesemuanya di anggarkan bernilai kira-kira RM700,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata ketika serbuan dilakukan, remaja Iran berumur 16 tahun dan lelaki Pakistan berumur 22 tahun itu sedang berjalan di tingkat sembilan, menghampiri sebuah pasu dan memetik daun pokok tersebut serta memasukkannya ke dalam plastik merah.

“Apabila menyedari kehadiran polis, plastik merah tersebut dibuang ke lantai, bagaimanapun, kedua-duanya berjaya ditahan dan polis menemui tiga paket kecil ganja pada badan mereka.

“Kita percaya pokok ganja itu berusia dua atau tiga bulan berdasarkan saiznya yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Wow, bagusnya Iklim Malaysia sekarang ni. Belum pun reda kes "NOMINASI" oleh pihak Amerika terhadap Malaysia yang terlibat secara langsung dengan kegiatan haram berbentuk Perdagangan Manusia dan Penyeludupan Dadah, kini Apartment mewah yang di sewa juga sedang menuju ke arah yang sama. Mana perginya Taring Harimau pihak perkuasa dalam usaha melumpuhkan kegiatan seumpama ni? Kerana sibukkan Pilihanraya Kecil dan isu-isu Politik bangang sekarang ni, maka kegiatan seumpama ini wajarkah di anak tirikan????

Renung-renungkan dan selamat bekerja....

Gadis Melayu kena Raba dengan Mat Bangla


sewaktu dlm perjalanan balik ke rumah semalam, SS terserempak dengan seorang gadis Melayu yang sungguh cantik dan mengghairahkan. Dari susuk tubuh dan perwatakkannya, ternyata si gadis ini masih dalam lingkungan awal 20-an. Tapi sayangnya si gadis ini tidak mempunyai kenderaan sendiri dan hanya mengharapkan simpati dari Bas Awam yang agak uzur setiap hari.

Pakaiannya pulak menunjukkan yang si gadis ni memang kuat melaram tetapi bersesuaian dengan keadaan semasa. Maklumlah semalam cuaca agak panas terik, jadi si gadis ni hanya mengenakan kemeja dan Skirt yang agak pendek (paras Lutut jer) dan sendat plk tu. SS mengambil kesempatan untuk menikmati semangkuk cendol mamak berdekatan Pondok Bas dimana si gadis sedang menunggu. Sedang asyik memerhatikan si gadis jelita ini, pandangan teralih pula kepada bas yang berhenti di hadapan gadis jelita itu. Aduh.... dh nk balik ker??? keluhan hati SS sendirian

Nak di pendekkan cerita, SS berasa agak simpati dan tertekan memerhatikan gelagat penumpang-penumpang yang berebut untuk naik ke tangga bas tatkala pintu bas mula di buka. Tak terkecuali si gadis jelita yang agak berminyak raut wajahnya dek kerana panas terik mentari hari ini agaknya. Tetiba, keadaan menjadi sunyi sepi seketika. SS dengan penuh rasa curiga dan semangat ingin tahu, segera mengintai apakah yang berlaku di hadapan tangga bas tu. Oooooo.... rupa-rupanya si gadis jelita itu mengalami kesukaran untuk naik ke atas tangga bas kerana keSendatan skirt yang dipakainya.

Tanpa berfikir panjang, si gadis jelita itu terus melonggarkan skirtnya dengan membuka sedikit "zip" di bahagian belakang skirtnya dengan harapan pergerakkannya akan menjadi mudah dan selamat. Namun apa yang di usahakan menemui kegagalan. SS mula bersimpati dengan apa yang berlaku. Sekali lagi si gadis jelita itu menurunkan sedikit lagi bukaan "zip" skirtnya untuk tujuan yang sama. Namun kali ini juga gagal.

Terkejut beruk bertambah hairan, si gadis ini terus melonggarkan bukaan "zip"nya hingga kelihatan terlondeh sedikit skirtnya yang berwarna hitam dam ketat itu. Mungkin si gadis tidak mempedulikan keadaan sekeliling kerana bajunya di letakkan di sebelah dalam skirt, jadi kalau terbukak pun masih agak sopan. Sejurus itu, satu kuasa tangan manusia telah menolak punggung si gadis jelita ini dari belakang hingga kaki si gadis jelita ini hampir tersandung di tangga bas.

Dengan perasaan marah dan geram, si gadis jelita itu terus berpaling dan memarahi orang di belakangnya dengan kata-kata yang cukup kesat dan kotor. Keadaan di sekeliling bus stop menjadi kelanm kabut seketika. Semua mata yang berada di situ tertumpu ke arah pertelingkahan antara gadis jelita dan lelaki di belakannya. Antara perkataan yang sempat SS dengar dalam pertelingkahan itu adalah " Dasar Lelaki GATAL, MIANG dan byk lagi la...." Dah sesak-sesak mcm ni pon nk amik kesempatan pegang punggong orang....gatal gatal gatal.... jerit gadis jelita itu dengan penuh kemarahan. Dengan muka selamba si Lelaki yang sebenarnya berbangsa Bangla ni membalas kemarahan gadis itu dengan berkata " U tu lagi gatal... tarak malu punya pompuan" Gadis itu semakin marah sambil memandang tajam muka mamat Bangla di hadapannya. Dengan keras si gadis bersuara lagi " Apasal u cakap i galal plk, sedangkan u yang pegang punggung i first.... " Mamat bangla ni masih mempertahankan kebenarannya dengan penuh selambe menjawab " Macam mana i tak tolak U ke depan, sebab u yang tak malu, gtal buka zip seluar I ......"

Alamak merah padam muka si gadis jelita tu, orang pun mula berteriak mentertawakan gelagat mereka. Kerana malu, marah dan tertekan si gadis terpaksa mengambil teksi untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya yang SS pun tak tahu ke mana hala tujunya....

Tragedi di bilik Asrama - UTM Skudai, Johor


JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.
SS and the crew juga sedang berusaha untuk membongkar cerita di sebalik tragedi ini demi memastikan pembelaan yang sewajarnya dapat diberikan kepada mangsa yang terlibat.

Walaupun baru beberapa hari lepas kita mendengar kes pembunuhan bayi yang baru lahir yang mana di lakukan oleh Ibunya sendiri di Kuantan, namun kes di atas juga sebenarnya menuntut pihak berkuasa dan berwajib segera menggubal beberapa dasar dan tindakan sewajarnya demi memastikan perkara seumpama ini tiak akan berulang.

Apa yang menyedihkan disini, kebanyakkan kes pembuangan atau pembunuhan bayi yang baru lahir adalah dari keturunan "Melayu" dan beragama "Islam" yang dianggap sebagai kaum yang cukup berbudi bahasa dan disanjung tinggi peradabannya di mata dunia. Mana hilangnya sengat golongan-golongan penyokong dan ahli politik yang konnya memperjuangkan "Bangsa dan Agama" selama ini? Kenapa mereka ini langsung tiidak memikirkan sensetiviti seumpama ini? Mungkin kerana bayaran yang di terima hanya untuk memastikan "Perjuangan Dunia Politik"
berjalan rancak dan penuh dengan warna warni tanpa memikirkan tentang nasib bangsa sendiri yang kini di ambang ketandusan menanggung krisis identiti dan pegangan hidup yang semakin parah.

Tapi SS tak hairan la kerana hari ini juga kita boleh menyaksikan "Anak-anak VVIP" dari pelbagai peringkat lebih menonjol dalam kegiatan sosial yang mungkin menjadi ikut-ikutan golongan bawahan di sana sini. Cuma bezanya, kes-kes yang membabitkan "Anak-anak VVIP" ini sering dianggap kes-kes terpencil sedangkan kes yang datangnya dari golongan bawahan sering dijadikan bualan malahan ada yang menganggap kes yang di bawa oleh golongan bawahan ini sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Inikah yang dinamakan Keadilan dan ketulusan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas terhadap pesalah-pesalah di negara kita? Kenapa masih ada sikap "Double Standard" dalam menjalankan siasatan mahupun hukuman kebelakangan ini? Fikir-fikirkan dan selamat beramal.....